Borneo Tribal Mask

Borneo Tribal Mask

Borneo Mask atau Topeng Tribal Borneo di Sarawak mempunyai nama-namanya tersendiri bagi menggambarkan perkaitannya dengan ritual yang hendak diadakan. Bagi masyarakat Melanau, topeng tribal atau petupieng mempunyai nama-namanya tersendiri. Ini kerana ianya ada perkaitan dengan ritual Pesta Kaul iaitu pesta pantai yang sentiasa dilestarikan sehingga sekarang. Petupieng digunakan sebagai pengantara antara manusia dengan semangat Ipok Balau di dalam masyarakat Melanau.

Bagi kaum Orang Ulu Sarawak pula, topeng Hudo atau Huduq banyak mewarnai ceritera kebudayaan mereka. Dan jika ke Kalimantan misalnya saban tahun ada ritual pemujaannya yang dilestarikan sehingga ke hari ini. Topeng hudo dengan tarian hudoq adalah antara tarian tribal yang masih lagi mewarnai dunia ritual mereka.

Untuk kaum Iban pula, topeng tribal mereka banyak digunakan untuk ritual rawatan tradisional dan juga pengebumian. Topeng-topeng itu juga digunakan oleh dukun-dukun di dalam rawatan penyembuhan penyakit kerana ianya adalah pengantara. Dan sudah tentu setiap satu ritual mempunyai mantera-manteranya yang tersendiri yang hanya boleh difahami oleh dukun atau lemambang mereka. Selain itu, ada juga topeng yang dipanggil Abau, ianya adalah lebih kepada hiasan dan juga digunakan untuk permainan dan juga untuk menakut-nakutkan budak kecil.

Keunikan yang tersendiri inilah yang menjadikan topeng-topeng tribal Dayak Sarawak seringkali mempunyai nilai estitika yang tinggi bagi pengemar koleksi topeng-topeng. Malah topeng tribal asli yang berusia ratusan tahun juga sentiasa mendapat tempat di dunia kerana dikatakan mempunyai ‘semangat’ nya yang tersendiri yang mana dipercayai mampu menempiaskan semangat tersebut kepada si penyimpannya.

Topeng tribal Dayak Sarawak adalah salah satu daripada warisan yang menunjukkan keunikan masyarakatnya. Peredaran zaman yang moden juga menyaksikan banyak topeng tribal tidak digunakan kerana banyak ritual sudah tidak dilestarikan lagi. Namun itu tidak bermakna kita boleh membiarkan ianya lenyap dimakan waktu sebegitu sahaja.

Untuk mengekalkan keunikan ini, BORNEONATIVE telah mengadaptasikan keunikan topeng Borneo ini dalam rekaan pakaian dan accesories mereka. Berinspirasikan Huqod mask seperti gambar di atas. BORNEONATIVE telah mengeluarkan siri pakaian dan accesories yang diberi nama The Face.

SquarePic_20181203_13114292.jpg